💬 Perlukan Bantuan
RUMAH YANG SIHAT BERMULA DENGAN RUMAH YANG BERSIH
RUMAH YANG SIHAT BERMULA DENGAN RUMAH YANG BERSIH

Yayasan Harik & AFY Haniff Turun Padang, Jayakan Program Agihan Sumbangan Di Melaka

Yayasan Harik dengan kerjasama erat pihak Afy Haniff dan YB Helmi DUN Duyong telah berjaya melaksanakan Program Agihan Sumbangan Bersama di sekitar kawasan Duyong, Melaka pada 18 Mac 2026. Program turun padang ini bertujuan untuk menyantuni golongan yang memerlukan sekali gus memastikan bantuan disampaikan secara terus dan telus kepada kumpulan sasar di peringkat akar umbi. Siri jelajah ini telah berlangsung seawal jam 9:00 pagi dan melabuhkan tirainya pada jam 12:45 tengah hari. Sepanjang tempoh tersebut, pasukan penganjur telah bergerak secara berperingkat merentasi enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) utama iaitu PDM Seri Duyong, PDM Perigi Hang Tuah, PDM Semabok, PDM Padang Semabok, PDM Durian Daun dan berakhir di PDM Pengkalan Rama Tengah. Bagi melancarkan urusan pergerakan, beberapa lokasi strategik seperti balai raya, surau, madrasah dan premis tempatan telah dijadikan sebagai pusat pengumpulan dan taklimat.
Secara keseluruhannya, program kolaborasi intensif ini berjaya menyantuni seramai 44 orang penerima manfaat daripada 16 buah cawangan di bawah 6 buah PDM yang berbeza. Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SUJ Japerun, jawatankuasa madrasah dan surau serta para sukarelawan yang membantu dalam kelancaran program dari awal hingga akhir. Semoga sumbangan ini mampu meringankan sedikit sebanyak bebanan hidup para penerima.
Chat Icon

Perniagaan dengan kami

Borang Perniagaan Bersama Kami

Khidmat Pelanggan

Borang Khidmat Pelanggan

Kerjaya

Borang Kerjaya