Permintaan penghantaran buat kali kedua ini jelas membuktikan bahawa produk keluaran AFY Haniff bukan sahaja mendapat tempat di hati pengguna tempatan, malah berjaya memenuhi piawaian dan gaya hidup masyarakat Singapura yang mementingkan keselamatan keluarga dan kelestarian alam sekitar. Produk SWiPEL yang diformulasikan secara khusus tanpa racun makhluk perosak atau kimia berbahaya menjadikannya pilihan utama bagi kediaman moden yang mengutamakan kesihatan jangka masa panjang.
Justeru, pencapaian ini merupakan batu lonjakan penting buat AFY Haniff dalam memperkukuh perniagaan di peringkat serantau. Susulan kejayaan tersebut, syarikat ini akan kekal optimis untuk terus membawa nama Malaysia ke peringkat global menerusi inovasi produk yang selamat, berkesan dan mampu milik bagi segenap lapisan masyarakat.