AFY Haniff Group Sdn Bhd amat berbesar hati dan berbangga kerana telah dipilih sebagai salah satu destinasi bagi Program Ziarah Usahawan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Negeri Melaka bagi DUN Telok Mas. Lawatan kerja rasmi ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari Selasa, 16 Jun 2026.
Program ini dianjurkan secara rasmi oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Objektif utama program ziarah ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat penting berkaitan peranan serta inisiatif pelbagai agensi kerajaan dalam usaha membantu dan memperkasakan usahawan di Negeri Melaka. Delegasi yang dihadiri seramai 15 orang peserta ini diketuai oleh tetamu kehormat, YB Tuan Seah Shoo Chin, selaku EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Melaka.
Selain itu, satu sesi ramah mesra turut diadakan bersama YB Seah dan delegasi yang hadir. Sesi ini telah memberi peluang keemasan kepada pihak pengurusan AFY Haniff Group Sdn Bhd untuk menyuarakan pandangan dan cadangan secara langsung dalam usaha membangunkan industri keusahawanan tempatan. Dalam pada itu, pihak AFY Haniff juga berkesempatan untuk mengutarakan isu serta cabaran yang dihadapi oleh usahawan tempatan kepada agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan agar tindakan susulan dapat diambil.