💬 Perlukan Bantuan
RUMAH YANG SIHAT BERMULA DENGAN RUMAH YANG BERSIH
RUMAH YANG SIHAT BERMULA DENGAN RUMAH YANG BERSIH

Pasar Wilayah Kota Laksamana Terima Suntikan RM1 Juta Demi Keselesaan Komuniti

Pasar Wilayah Kota Laksamana bakal menikmati fasiliti yang lebih selesa dan kondusif berikutan peruntukan bernilai hampir RM1 juta yang disalurkan bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf fasiliti bersempena dengan Kempen Pasar Awam Bersih 2026. Kempen ini dilaksanakan bagi memupuk serta meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya dalam kalangan peniaga dan pengunjung mengenai kepentingan menjaga kebersihan di sekitar kawasan pasar demi kesejahteraan setempat.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Low Chee Leong, ADUN Kota Laksamana merangkap Timbalan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri. Selain itu, Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini turut dihadiri oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman serta Setiausaha MBMB, Mohd Firdaus Shariff. Sebagai pelengkap acara, satu sesi penyampaian sijil penghargaan kepada peniaga pasar awam serta wakil daripada pihak AFY Haniff telah dilaksanakan sebagai tanda apresiasi atas sokongan dalam menjayakan inisiatif ini. Majlis kemudiannya diakhiri dengan sesi lawatan ke pangkin atau gerai jualan dan sesi beramah mesra dengan peniaga sambil menyerahkan cenderamata kepada para peniaga. Sementara itu, pihak AFY Haniff juga berpeluang untuk mengedarkan produk pembersihan seperti SWiPEL serai wangi dan Plash bagi menyokong pelaksanaan program ini. Justeru, usaha menaik taraf fasiliti dan menganjurkan kempen seumpama ini diharap mampu memberi nafas baharu kepada warga tempatan dalam mewujudkan persekitaran pasar awam yang jauh lebih bersih, selesa dan kondusif.
Chat Icon

Perniagaan dengan kami

Borang Perniagaan Bersama Kami

Khidmat Pelanggan

Borang Khidmat Pelanggan

Kerjaya

Borang Kerjaya