💬 Perlukan Bantuan
RUMAH YANG SIHAT BERMULA DENGAN RUMAH YANG BERSIH
RUMAH YANG SIHAT BERMULA DENGAN RUMAH YANG BERSIH

Sempena Ulang Tahun Ke-20, AFY Haniff Bakal Melancarkan SWiPEL Pandan

Sepanjang 2 tahun berada di pasaran, produk SWIPEL terus konsisten dalam menjadi peneman setia rakyat Malaysia bagi memastikan rumah mereka kekal bersih dan bebas daripada gangguan serangga. Sambutan yang menggalakkan daripada pengguna telah menghasilkan sebuah inovasi baharu, iaitu SWIPEL Pandan. Pandan bukan sekadar bauan biasa, malah mencerminkan keharuman Nusantara yang melambangkan kesegaran alami serta warisan sepanjang zaman. Bagi merasai sendiri keunikan pandan sebagai bahan utama produk ini, Bahagian Pemasaran AFY Haniff telah melawat sendiri sebuah ladang pandan yang terletak di sekitar Kuala Selangor.
Lawatan ini merupakan sebuah inisiatif syarikat untuk mendekati petani tempatan bagi memahami sendiri tentang khasiat, keunikan dan cara penjagaan pandan dengan lebih mendalam. Lawatan tersebut turut dimanfaatkan sepenuhnya dengan melakukan sesi penggambaran video acah (teaser) bagi kempen pelancaran SWIPEL Pandan yang bakal tiba tidak lama lagi. Video yang akan dihasilkan ini merupakan gambaran awal produk baharu kepada peminat setia AFY Haniff. Kami amat teruja dan berbesar hati untuk berkongsi babak baharu perjalanan ini bersama anda semua. Jangan lupa ikuti perkembangan terkini SWIPEL Pandan yang bakal menemui anda di semua akaun media sosial rasmi AFY Haniff.
Chat Icon

Perniagaan dengan kami

Borang Perniagaan Bersama Kami

Khidmat Pelanggan

Borang Khidmat Pelanggan

Kerjaya

Borang Kerjaya