Sepanjang 2 tahun berada di pasaran, produk SWIPEL terus konsisten dalam menjadi peneman setia rakyat Malaysia bagi memastikan rumah mereka kekal bersih dan bebas daripada gangguan serangga. Sambutan yang menggalakkan daripada pengguna telah menghasilkan sebuah inovasi baharu, iaitu SWIPEL Pandan. Pandan bukan sekadar bauan biasa, malah mencerminkan keharuman Nusantara yang melambangkan kesegaran alami serta warisan sepanjang zaman. Bagi merasai sendiri keunikan pandan sebagai bahan utama produk ini, Bahagian Pemasaran AFY Haniff telah melawat sendiri sebuah ladang pandan yang terletak di sekitar Kuala Selangor.