Pasar raya kegemaran ramai, ST Rosyam Mart sekali lagi mencetuskan fenomena apabila membuka satu lagi cawangan baharu di Tampoi, Johor Bahru, Johor pada 12 September 2026. ST Rosyam Mart telah membawa lebih 40,000 pilihan produk termasuklah barangan basah segar, keperluan asas dapur, makanan sejuk beku sehinggalah barangan penjagaan diri dan pembersihan rumah. Bersempena dengan pembukaan cawangan baharu tersebut, ST Rosyam Mart telah menawarkan harga runtuh untuk pelbagai barangan terpilih serendah 8 sen.