AFY Haniff berbesar hati menjadi sebahagian daripada Hari Bertemu Pelanggan dengan
membuka reruai di Dewan Taming Sari, MBMB pada 16 Julai 2026. Program yang berlangsung
ini menjadi platform terbaik kepada masyarakat untuk mengemukakan aduan, cadangan
penambahbaikan serta mendapatkan pelbagai perkhidmatan secara terus daripada agensi
terlibat. Agensi seperti JKR, PDTMT, JPS, SW Corp, CMI Infra, IWK, MPHTJ, SAMB, UNIFI
serta pelbagai jabatan dalaman MBMB merupakan antara agensi yang mengambil bahagian
dalam program ini.
Pembukaan reruai AFY Haniff telah memberi peluang kepada para pengunjung untuk
mendapatkan maklumat, berinteraksi secara langsung serta mengenali dengan lebih mendalam
tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, AFY Haniff juga telah
melaksanakan kempen Jom Tukar, iaitu orang ramai boleh mendapatkan SWiPEL serai wangi
secara percuma dengan syarat mereka perlu membawa racun serangga yang telah digunakan.